Tuesday, April 1, 2008

13 - KEMULIAAN TABI'UT AT-TABI'IN

KEMULIAAN TABI’ UT AT-TABI’IN

Setelah beritttiba’ kepada manhaj para sahabat maka diikuti pula oleh yang kemudiannya iaitu manhaj para tabi’in (تابعين) dan seterusnya berittiba’ kepada tabi’i at-tabi’in (تابع التابعين). Tabi’i at-tabi’in adalah: Mereka yang berada dizaman selepas tabi’in.

Mereka menerima tarbiyah dan tasfiyah Islamiyah dari para tabi’in. Mereka pewaris ilmu dari tabi’in. Dan sesiapa sahaja dinamakan orang-orang salaf (salafi atau salafiyun) apabila berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh (sahabat, tabi’in dan tabi’iut at-Tabi’in dengan baik sehinggalah ke Hari Kiamat).

Syeikh Muhammad Nasruddin al-Albani rahimahullah mengatakan:

“Orang-orang yang hidup pada tiga generasi (para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in) itulah yang dinamakan salaf. Mereka merupakan sebaik-baik umat dan mereka juga merupakan umat terbaik dari seluruh umat yang ada. Mereka insan terbaik setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para nabi serta para rasul lainnya”.
[1]

Walau bagaimanapun sewajarnya diambil perhatian, bahawa sesiapa sahaja yang menggabungkan diri mereka ke dalam manhaj salaf, yang terdiri dari Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah manusia biasa, mereka tidak maksum. Namun kalangan mereka lebih dikenali sebagai siddiqin (terpercaya) dan syuhada”.
[2] Mereka adalah ahli nikmat kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada mereka.
----------------------------------------------------------------------------



[1] . Lihat: Al-Hawi. 2/266.
[2] . Lihat: واقعنا المعاصر hlm. 21. Soleh bin Abdullah al-‘Uthaimin.

No comments: