KEMULIAAN PARA TABI’IN
Tabi’in: Tabi’in (تابعين) berupa jama’. Mufradnya ialah tabi’i (تابعي) atau tabi’ (تابع). Menurut takrif dan kesepakatan Ulama Muslimin bahawa tabi’in ialah: Mereka yang bertemu dan bersahabat (berdamping) dengan sahabat yang lahir dan hidup dikurun yang mulia (قرن مفضلة) atau kurun yang terbaik (خير قرن).
Juga dikatakan tabi’in: Sesiapa yang bertemu dan meriwayatkan hadis. Atau pernah meriwayatkan hadis yang datang dari sahabat walaupun tidak pernah berdamping dengan mereka (para sahabat). Tetapi Abu Amru ibnu as-Solah dan Imam an-Nawawi serta selain mereka berdua hanya menerima pendapat yang pertama.[1] Ahli Sunnah wal-Jamaah diwajibkan berittiba’ (mengikuti) manhaj tabi’in kerana ia juga merupakan manhaj para sahabat radiallahu ‘anhum (manhaj Salaf as-Soleh).

---------------------------------------------------------
[1] . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 62. Dr. Muhammad Adim Soleh. Dan lihat: At-Taqrib wat-Taisir. Hlm. 94. An-Nawawi.
No comments:
Post a Comment