Tuesday, April 1, 2008

WARKAH USTAZ RASUL DAHRI


اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ ، وَنَسْتَعِيْنُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُهُ ، مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَسَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . قَالَ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تُمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَارِجَالاً كَثِيْرًاوَنِسَآءً ا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوَا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.


Mengapakah masyarakat Islam di seluruh dunia kini dihinggapi penyakit pada akidah, ibadah, akhlak serta berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial, siasah, budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat kronik? Masalah bid’ah, syirik, khurafat, tahayul dan pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka ditimpa penghinaan, penindasan, penderitaan dan kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan di manakah para ulama sebagai golongan terhormat, bagaimana mereka berperanan menangani semua persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para ulama menjadi syaitan bisu dan tuli?

Memang tiada daya yang dapat memulihkan berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin kerana Dia Yang Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla tidak akan menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut tidak menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman:


اِنْ تَنْصُرُ اللهَ يَنْصُرُكُمْ وُيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ.

“Jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu”.
[1]

Allah Subhanahu wa-Ta’ala tidak akan mungkir janji maka salah satu dari janji Allah untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada hambanya ialah apabila para hamba tersebut kembali kepada manhaj yang telah disediakan olehNya iaitu Manhaj Rabbani yang lebih dikenali sebagai Manhaj Salaf. Untuk kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh, hendaklah terlebih dahulu ada golongan ulama yang benar-benar ikhlas untuk mentarbiyah dan mentasfiyah akidah, kemudian ibadah dan akhlak sebagaimana yang telah ditunjukajar, dicontohkan dan diwariskan kepada generasi sahabat oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Oleh itu para ulama perlu memahami pengertian, definisi dan maksud sebenar “Manhaj Salaf as-Soleh” demi menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam agar berbahagia di dunia dan di akhirat.

Tulisan ini diusahakan untuk mengajak para pencinta kebenaran meninggalkan semua penyimpangan agama untuk menuju ke jalan yang paling benar dan paling selamat iaitu kembali ke manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh dengan pemahaman dan pengamalan yang sebenar.


RASUL BIN DAHRI


[1] . Muhammad. 47:7.

10 comments:

Anonymous said...

kenapa anda berasa bangga dan yakin bahawa mazhab salaf itu benar dan senang2 anda mengatakan mazhab orang lain salah dan sesat.......anda juga byk melakukan bidaah tp tidak sedar........bertaubat lah........bila kita menyalahkan dan menyesatkan orang sebenarnya ia balik kembali pada kita.....

Unknown said...

Ustaz Rasul sudah terangkan dalam video youtube tentang mengikuti madhab Salaf. Imam Abu Hanifa, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Malik dan juga Imam as Shafi'ee mengikuti madhab Salafi.

Unknown said...

ASSALAMMUALAIKUM . RASUL DAHRI MENGAJAK ORANG KEPADA MANHAJ YANG BENAR , TAPI BELIAU SENDIRI DIATAS MANHAJ YANG KELIRU..BERTAUBATLAH...KEMBALI KEPADA ASYARIYAH ( AHLI SUNNAH WALJAMAAH )

Abu Dzar said...

Imam Syafi'e pengasas Mazhab Feqah Syafi'e adalah ulama khalaf yang berpegang kepada perlaksanaan amal soleh(syariat) dan kesempurnaan rohani. Iaitu dua juzuk yang berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan sama sekali didalam melaksanakan setiap amal ibadat. Beliau menjalani tarbiyyah keimanan untuk mencapai kesempurnaan hati di bawah bimbingan seorang sufi yang ummi, Shuban ar-Ra'i. Sesungguhnya umat Islam di zaman para sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in, dan ulama' khalaf menerima dan memahami hakikat kesempurnaan islam itu adalah merangkumi perlaksanaan amal soleh dan memiliki kesempurnaan hati.

Di zaman imam Syafi'e kesempurnaan hati itu dicapai melalui ilmu iman atau ilmu khusyuk atau ilmu makrifat atau ilmu bathin yang mana semua ini merujuk perlaksanaan amalan kerohanian atau amalan zikrullah/qiyamullail. Tidak timbul ilmu Tasawwuf atau Tarekat di zaman itu tetapi prinsip dan amalan mazhab itu adalah berasaskan amalan zikrullah dan khusyuk hati.

Imam Syafi'e meninggal dunia kira-kira 55 tahun sebelum kelahiran tokoh agama pengasas mazhab fuqaha/Asya'ariah Muturidiah iaitu Abu Hassan Asya'ari, kira-kira 5 tahun selepas Imam Bukhari meninggal dunia. Demikianlah, Ilmu Usuluddin/ Ilmu sifat 20 yang direkacipta oleh Abu Hassan Asya'ari yang muncul di dunia Islam kira-kira sekitar 100 tahun tarikh kewafatan Imam Syafi'e. Oleh itu, kita membuat kesimpulan Imam Syafi'e dan anak-anaknya tidak sempat mendengar dan meneliti hujjah ilmu sifat 20 supaya bersarang di akal.

Demikian juga, Tauhid Uluhiyyah,tauhid Robbubiyyah, Asma Wa sifat iaitu Ilmu akidah yang direkacipta oleh tokoh modenisasi akidah islam iaitu Ibn Taimiyyah. Akidah pelbagai jenis tauhid ini juga tidak sempat juga didengar oleh Imam Syafi'e, Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi kerana ilmu akidah itu muncul sekitar 500 tahun dari tarikh Imam-imam tersebut wafat.

Anonymous said...

Ya Allah, dengan kebesaranMu, keagunganMu dan sifat pemurahMu... kembalikanlah orang yg salah ini ke jalan yg benar... Amin.

Reverse Gear said...

susah akhir zaman ni.. orang bid'ah pun mengaku & mati-mati menyangka dirinya ahli sunnah, walhal terang kebid'ahan diorang. jom la baik ke asal, al-quran & sunnah dalam beragama, bukan berpandukan akal semata2. tu yg banyak bia'ah tuh.

izzuliislam said...

Semoga Allah s.w.t memberikan hidayah kepada anda

Unknown said...

1.Talafuz Niat:
Didalam Kitab Al-Azkar, karangan Imam Annawawi ada menyebut bahawa perkataan Imam Assyafie "Apabila kamu berdiri untuk solat, talafuz". Kata Annawawi, maksud talafuz yang dikatakan oleh Imam Assyafie bermaksud Takbiratul Ihram.

2. Menutup muka bagi wanita:
Didalam buku Al-Umm, karangan Imam Assyafie ada menyebut "ArRabai berkata Imam Assyafie berkata, wanita-wanita Islam hendaklah menutup muka" Inilah pendapat Imam Assyafie.

3. Pahala bacaan Al-Quraan:
Didalam buku Tafsir Ibnu Katsir ada menyebut "Bahawa Imam Assyafie didalam mentafsirkan ayat 39 dari Surah Annajm, berkata bahawa Pahala bacaan Al-Quraan TIDAK akan sampai kepada simati.

Soalan 1:
Kalau Imam Annawawi yang bermazhab Assyafie berkata demikian, bagaimana kita yang bermazhab Assyafie yang sekian lama telah melafaz niat, tergulung didalam kelompok Bida'ah?

Soalan 2:
Bagaimana dengan wanita-wanita yang mengaku bermazhab Assyafie yang tidak menutup muka?

Soalan 3:
Kalau hadiah bacaan Al-Quraan tidak sampai Pahalanya kepada simati, bagaimana pula dengan Tahlil Arwah yang juga dianggap untuk menghadiahkan pahalanya kepada simati?

Kesimpulan: Adakah kita yang mengaku bermazhab Assyafie ini, dengan tidak secara langsung menentang Assyafie?

Unknown said...

Banyak2 belajar wahai saudara baru komentar,oke

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.