Tuesday, April 1, 2008

20 - LAQAB SALAF DIMULAI DARI KALANGAN SAHABAT

LAQAB SALAF DIMULAI DARI KALANGAN SAHABAT

Menurut penjelasan dari hadis-hadis yang lalu, bahawa laqab (penamaan atau gelaran) Salaf as-Soleh ia dimulai dari para sahabat, kemudian barulah dilaqabkan kepada para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan seterusnya setiap muslim yang berittiba’ kepada mereka.

Oleh yang demikian sesiapa yang menyerupai dan berada di dalam manhaj para sahabat maka dia adalah tergolong sebagai salafi tanpa khilaf. Atau Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Yang lebih jelas dan ketara, as-Salafiyah ialah dinasabkan kepada as-Salaf. Iaitu penasaban yang sama sekali tidak akan pernah terputus walau seketika dari umat Islam, sejak terbentuknya manhaj Nabawiyah maka ia berterusan dan dikembangkan oleh Rasulullah sehinggalah meliputi keseluruhan kaum muslimin yang mengikut generasi pertama, termasuklah sesiapa yang mencontohi mereka dalam bertalaqi (berguru) untuk memperolehi ilmu menuju jalan memahaminya, melaksanakan dakwah kepadanya, malah wajib memahami bahawa mengikuti jalannya adalah sewajarnya berterusan sepanjang hayat.
[1]

Cara untuk berterusan di atas manhaj Salaf ialah dengan memberi perhatian kepada athar-athar Salaf yang dipelihara oleh para a’immah (para imam-imam besar dan ulama Salaf as-Soleh) yang masyhur, sama ada kalangan ulama hadis, akidah atau tafsir, seperti athar Khalifa ar-Rasyidin, Ibn Abbas, Ibn Masoud, Abu Hurairah, Abu Musa al-Asy’ari, Aisyah, Ibnu Umar dan selain mereka dari kalangan para sahabat. Kemudian selepas mereka seperti Abul ‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Al-Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, al-Auzaii dan selain mereka seperti Imam syafie, Maliki, Hanafi, Hambali, Ibn Taimiyah, Ibn Qaiyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan yang lain-lain-lainnya. Mereka semuanya itu, amat menentang manhaj Ahli Ahwa dan Ahli Bid’ah.

----------------------------------------------------------------------




[1] . Lihat: حكم الانتماء hlm. 31.

No comments: