Tuesday, April 1, 2008

15 - PENDAPAT YANG PALING RAJIH ( BENAR)

PENDAPAT YANG PALING RAJIH (BENAR)


Namun yang paling rajih (benar), salafi adalah sesiapa sahaja yang berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh disepanjang hayat mereka. Maka penentuan siapa salafi adalah ittiba’nya kepada para Salaf as-Soleh. Atau dapat diertikan bahawa salafi adalah sesiapa sahaja yang taat kepada Allah Azza wa-Jalla dengan cara berpegang teguh kepada manhaj salaf. Dengan prinsip ini barulah mereka digolongkan sebagai sebaik-baik ummah.

Salafi merupakan ummah terbaik dari seluruh umat yang ada di dunia. Mereka adalah orang-orang yang paling selamat kerana menasabkan keseluruhan tata-cara agama mereka kepada manusia yang maksum iaitu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Mereka paling benar kerana menyandarkan akidah, perbuatan, akhlak dan diri mereka kepada generasi yang paling utama sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, athar dan pengakuan para ulama muktabar yang keseluruhannya adalah sahih nilainya.

Ibnu Qaiyim rahimahullah berkata:
“Adapun cara terbaik mengambil dalil dari makna-makna al-Quran ialah melalui perawi yang terpercaya, yang langsung diambil dari Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, yang mana mereka sebagai pewaris para nabi. Kemudian diikuti dengan berittiba’ dengan apa yang dikatakan tentangnya oleh para sahabat dan (beritiba’) kepada tabi’un yang menjadi para ketua penunjuk jalan”.
[1]

---------------------------------------------------------------------


[1] . Lihat: مختصر الصواعق المرسلة 2/335. Ibnu Qaiyim.

No comments: